}

15 February, 2012

12 Hidup biarlah beradab..bukannya biadap

...biar siapa pun kita.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Bagi yang tidak faham maksud adab, eloklah diperturunkan sedikit maknanya.

Adab membawa maksud sopan. Beradab juga membawa maksud baik budi bahasa, bertertib, baik perangai dan kelakuan; bertamadun, berkebudayaan dan  maju kehidupan.

Lawan adab pula ialah biadab. Maknanya mereka yang tidak beradab ini ialah orang yang biadab. Orang yang tidak beradab ini juga boleh dikatakan tidak bertamadun. Tetapi hari ini, ramai yang tidak peduli soal adab sama ada adab ketika berkata-kata, berkelakuan atau berpakaian. Mereka bukannya tidak tahu soal adab ini tetapi ada sesetengahnya sengaja melanggar adab semata-mata mahu menunjukkan keegoan. Apa yang penting, mereka berjaya menunjukkan sikap tidak beradab di hadapan khalayak. Mungkin mereka ini mahu disanjung rakan-rakan kerana berani melanggar adab.

Kata orang matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka pedulikan soal adab kerana yang penting, sikap mereka itu mampu menunjukkan kepada khalayak bahawa mereka berani melanggar adab kerana adab bukan satu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi. Dan tentunya bagi mereka yang berpendirian seperti ini akan berasa lebih bertamadun.

Sesungguhnya golongan orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya..




p/s : jagalah adab sopan kita sesama sendiri....terbaik yang boleh kita terapkan sehari hari, bukan nak skolahkan sapa sapa ..orait !


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
Comments
12 Comments

12 comments:

blogtilldrop said... [Reply to comment]

adab adalah nilai atau value yang diterapkan sekian lama...atau dipelajari


Entry Terkini Blog2shout: Klik sini..:)

Mr.Clive said... [Reply to comment]

tanpa adab tapi sentiasa biadap,tiada makna hidup dalam dunia ini...kenapa?kerana keje asyik mengumpul musuh... >_<

atuk said... [Reply to comment]

Assalamualaikum PCL

muka cantik tapi tak beradap ...hancusssss

♥♥azatiesayang ♥♥ said... [Reply to comment]

Salam..terima kasih singgah ke blog saya.Org melayu & adab sopan mmg seiring,cuma kdg2 ada yg xtau nak bersopan santun....

Awan Biru said... [Reply to comment]

Ada juga bila depan orang, punyalah baik akhlaknya. Bila belakang orang, hancur. Sebab nak kena pujilah tu.

diana said... [Reply to comment]

orang biadab mudah dikenali dengan sikap bidabnya.tak dak untung pun kalau dikenali dengan cara macam tu..

aiEz said... [Reply to comment]

adab perlu sentiasa dijaga agar nanti tak jadi biadap...kalau anak biadap pada orang lain,bukan setakat anak tu jer yg dikata,tapi orang tuanya juga...jadi sama2 jaga adab dan budi bahasa agar terpelihara...

Yatie Awang said... [Reply to comment]

betullah abg.long, kalau pergi mall, malu kadang2 kita, lihat cara sesetengah orang bercakap dan perbuatan..

Tiramisu Fatiema said... [Reply to comment]

salam PCL..baru berkesempatan singgah sini,betul biarlah kita beradab..kelak dihormati..

cinta siswi said... [Reply to comment]

betul2.. skrg nie xramai da yg beradab

MawardiYunus said... [Reply to comment]

skang budak2 dh x macam duu..

FatihaNur said... [Reply to comment]

huh dahsatnya tunduk...hidup tanda adab ni jadi cam lauk tanpa garam la...x best sbb ramai x suka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

myFollower