![]() |
| .. boleh ke dipadam padam dgn eraser...hurm ! |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !
Ada keterangan di dalam kitab berdasarkan Hadis bahawa banyak gurau senda diiringi pula dengan ketawa akan menghilangkan seri wajah dan menjatuhkan wibawa. Gurauan yang berlebihan diselitkan pula dengan sindiran akan membawa kepada renggangnya persahabatan.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Terdapat juga dalam kitab tasawuf yang mengatakan bahawa gurauan dan ketawa berlebihan itu mendatangkan kesat hati dan menghilangkan kekhusyukan. Puncanya ialah hati amat lalai dari Tuhan dan hilang takut kepada Akhirat.
Rasulullah SAW juga bergurau dan berjenaka, tetapi masih dalam berkata benar. Sesuatu yang lucu disambut oleh Rasulullah SAW dengan senyuman lebar hingga boleh dilihat gigi gerahamnya, tetapi tidak sampai ketawa berdekah. Itupun seringkali Rasulullah SAW menutup mulutnya dengan tangan.
Rasulullah juga tidak bercakap lucah walaupun dengan perkataan double meaning. Lucah atau mencarut adalah dosa. Lucah juga adalah sesuatu yang bersifat aib atau malu.
Sifat malu pula adalah sebahagian dari iman, bahkan kedudukannya adalah sebagai benteng iman.
Sikap inilah sebagai gambaran kepada akhlak Rasulullah SAW yang sebenarnya.
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

