25 February, 2012
12 Suami Berdiam Diri Tanda Protes ?
Senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.
Kenapa Suami Pendiam?
Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan.
Anda sebagai isteri merasakan tindakan anda sudah cukup betul tapi sebenarnya salah.
Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, Suami memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri.
Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.
Alasan Suami bersikap begitu,
Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri.
Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.
Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian. Nauzubillah !.
Sebagai pasangan yang perihatin, buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan 'badmoody' memanjang..
wokeh !!
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
12 comments:
- azieazah said... [Reply to comment]
-
Sebenarnya yang pendiam itulah yang bahaya. Kita tak tahu apa yang mereka fikir dan apa yang ada dlm fikiran depa. Sukar diramal.
Sebab tu, perkahwinan bila kurang komunikasi sangat bahaya. -
February 25, 2012
- Panglima Muda said... [Reply to comment]
-
betul betul, masa tu aku tengah protes.....
-
February 25, 2012
- Siti_btp said... [Reply to comment]
-
Itu kalau suami yg diam..
Bagaimana kalau isteri pula mendiamkan diri!!!
Apa2 pun dua2 kena tolenrasi.Susah senang bersama hingga ke liang lahad..
Ikuti kisah akak
http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/..Adakah suami2 lain yg sanggup terima cabaran spt ni???Why -
February 25, 2012
- Yatie Awang said... [Reply to comment]
-
ooo...macam tu...Alhamdulillah suami yatie tak macam tu hehehe
-
February 25, 2012
- cinnamon.com said... [Reply to comment]
-
atau hutang keliling perut..
-
February 25, 2012
- Mrs Nury said... [Reply to comment]
-
Errmmm.. dalam situasi saya, saya yang pendiam. Suami sentiasa ada topik untuk dibual/ dibincangkan. Bila suami jadi pendiam, saya pun tak banyak soal, tunggu dia sendiri ceritakan..
Pada pandangan saya, semakin banyak kita bercakap akan semakin banyak 'kesalahan' akan timbul. Kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata kecuali bercakap sesuatu yang baik dan memberikan kebaikan/ manfaat..
Setiap rumahtangga itu lain lain ragamnya.. kan? -
February 25, 2012
- Cikgu Ma said... [Reply to comment]
-
ermm..ragam rumahtangga...=)
-
February 25, 2012
- maszull said... [Reply to comment]
-
assalamualaikum PCL...betul tu jgnlah bermasam muka berpanjangan ambil jln mudah dan teruskn seperti biasa...:)
-
February 25, 2012
- fairus said... [Reply to comment]
-
SEKIRANYA ADA MASALAH, ELOK BERBINCANG BERSAMA. KALAU DIAM SAJA, SIAPAPUN TAK TAHU. TAK ELOK PENDAM2..
-
February 25, 2012
- Wanpetunjuk said... [Reply to comment]
-
OOooo...mcm tu rupanya. Nanti nak tengok abah kat umah diam atau ceria...
-
February 25, 2012
- Ayumi Comot said... [Reply to comment]
-
no moody2..chill up,huhu
-
February 25, 2012
- SufatihaNur said... [Reply to comment]
-
if sindrom ni terjadi kat isteri plak camane???
isteri blk umah diam je...suami lak bebel sensorang??? -
February 25, 2012
