}

24 February, 2012

8 TAAT : Sayang suami banyak-banyak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Untuk isteri tersayang ............


  •  “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
  •  “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  •  “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  •  “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  •  “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  •  “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  •  “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  •  “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
  • Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

By sumber: Idris Bald

Untuk menjadi isteri sebegini, suami adalah teladannya...seorang suami tak boleh pincang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Bagaimana mahu menjadikan isteri solehah jika suaminya lebih kurang sama jahilnya. Suami yang akan menunjukkan jalan kepada isteri, ke syurga kah..atau neraka kah ?

PCL : muhasabah untuk diri dan keluarga juga pembaca moga dipermudahkan segala oleh-Nya.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
Comments
8 Comments

8 comments:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said... [Reply to comment]

mane butang LIKE? like like like..ehehe

luahfikiran ... mari kita said... [Reply to comment]

Salam,
Suami dan isteri perlu berilmu ...kemudian diamalkan ilmu itu. Kalau tak silap ada sebuah hadis ..... nak berjaya dunia mesti ada ilmu, begitu juga nak berjaya di akhirat perlukan ilmu, dan kalau nak berjaya kedua2 sekali perlukan ilmu.

[sutera kasih] said... [Reply to comment]

wahhh..bljr bnda baru arini PCL heee

fairus said... [Reply to comment]

KEMBALI KE AJARAN / SUNNAH RASULLULLAH.. NESCAYA RUMAH TANGGA SELAMAT, AMAN DAMAI DAN TENTERAM...

Yatie Awang said... [Reply to comment]

subhanallah...isyaallah, akan menjadi isteri yg baik

mekasih abg.long untuk ilmu hari ini

maszull said... [Reply to comment]

assalamualaikum PCL...semoga kita sebagai isteri ini akan lebih taat pada suami "surga di bawah telapak kaki suami"kan...:)

Ayumi Comot said... [Reply to comment]

moger dpt jadi isteri solehah suatu ari nnt:)

M. Alawiyullah Al-Ghafury said... [Reply to comment]

syarat seorang mendapat keluarga baik kuncinya adalah ada pada diri kita sendiri.... ibaratnya kita melempar bola kedinding pasti akan memantul kearah tempat pelemparan... begitu juga analoginya bahwa seorang perempuan baik pasti akan mendapatkan suami baik pula dan begitu juga sebaliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

myFollower